Monday, May 25, 2009

Owh Mama saya mau KAHWIN

cerita ni aku dapat dari seorang sahabat agak menyanyat hati la tapi rekaan semata-mata. cuma yang interestingnya kalau benar-benar berlaku macam ni susah gak kan. yelah sekarang ni musim orang kawin yelah aritu jek aku baru balik dari majlis member aku mase kt Burhan dulu. tengak die bahagia mula la masing-masing pikir nak kawin tapi bila pikir balik jauh lagi perjalanan, persediaan zahir batin dunia dan akhirat. cuba bayangkan jadi seperti ini

Zaman Masa Kini

datang seorang emak kepada seorang jejaka yang mahu meminang anak dara kepada seorang emak dara. maka mula segala istiadat peminangan seperti yang ada dalam cerita-cerita or filem melayu pantun memantun dan segalanya. tapi akhirnya direct to the point saya nak meminang anak mak dara untuk anak saya. maka dialog ini pun berlaku...

Emak kepada Minah :
"Yerlah.... anak saya blajar lulus universiti.. .. tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompuan saya.... harap harap paham jerlah~"..maka ditunjukkan senarai keinginan mak dara ini...





Emak kepada Amat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer.... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu...... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

lalu tidak semena-mena ntah datang dari mana si jejaka dengan panas hati membalas apa yang dikatakan mak dara kepada rombongan keluarganya..

Amat :
"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik..... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"


Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat.
Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu.
Subhanallah.

sadis sungguh cerita ni kan..
tapi whateverpon semoga berbahagia kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang dikenalai yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka semoga semuanya berjalan lancar. jangan luper jemput la ambo makan nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, nasi jagung ke, nasi lemak ke, xpon ape2 yang boleh mengenyangkan.

adiosssss.....

Sunday, May 24, 2009

Night at Museum 2: Terlebih jangkaan



haluu kembalu dari melaka dengan pelbagai cerita..semalam pergi 'wedding' Farid senior mase kt Burhan dulu. Actually semalam tu wedding part pengantin perempuan nyer iaitu cik Mala pon budak Burhan gak dulu. So umah pengantin berada di negeri Melaka Bandaraya bersejarah. so balik tu sempat-sempat gak melawat ke dataran pahlawan then perasan ade GSC kt sane. so kami pon bercadang nak menonton cerita terbaru. Then perasan Night at Museum 2 dh kuar so seramai 4 orang telang menyumbang kepada kutipan jualan tiket cerita itu. sebab sebelum ni ambo dah tengak die punyer trailer memang menarik yelah dipengaruhi dengan hasil kerja Shawn Ley dalam cerita sebelum ini. Kali ini cerita ini mempersembahkan kembali Ben Stiller sebagai Larry Daley yang telah berjaya dengan businessnya walaupon sebelum ini die bekerja partime as night guard kt Museum of Natural History. so die sudah meninggalkan kerjaya malam nya dengan fokus kepada Business nya walaupon pada hakikatnya die masih suka lagi bekerja dengan segala macam benda dalam museum tersebut. kali ini Larry daly akan beraksi di museum terbaru yang merupakan arkib negara US dan merupakan Museum terbesar di dunia.

kali nak citer panjang tak best la nanti korang nak menonton citer kelakar tu. ok ape yang nak bagitau korang jangan mengharap lebih sgt dengan citer ni kerana kelakar memang kelakar tapi jalan cerita die kurang menarik mungkin kerana cerita tu terasa mudah sangat jalan penyelesaiannya dan juga plotting yang kureng menarik. apa pon enjoy tgk cerita ni sebab banyak watak-watak baru yang akan muncul dengan ragam masing-masing kekeke...
watak cupid best gak walaupon sebenarnya mereka adalah Jonas Brothers dan watak awek Larry Dally sebelum ini hilang ntuh ke mana tapi muncul awek terbaru Larry Daley yang lebih CUN.

ok ape pon selamat menonton......

<


watak dierang ni pon ade kekeke...