Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita *berjalan* dan mungkin
selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki
sedang *memperhatikan* mereka! Jadi apakah nasihat kami kepada kaum wanita?
*Jangan berjalan*..
Mengenai *cara berjalan*, ianya ada kaitan juga dengan '*mood*' kita
pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita
lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' *awek*' mungkin dada kita nampak
besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si '*awek*' pula,
mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa
itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang *sebenar*,
itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka *sedang diperhatikan*!
Sebenarnya *asyik* melihat cara wanita berjalan *kurang manis* untuk
dilakukan dan mungkin anda akan *dicubit*, apatah lagi jika anda lelaki
yang sudah *berumur* dan sedang berjalan dengan *isteri* anda. Artikel ini
menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara
mereka *berjalan*.
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita
yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah,
wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti
ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-
orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.
Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan
cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara
berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda
tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh,
tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti
ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain.
Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian
teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita
jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.
Wallahua'lam.
2 comments:
nice artikel 4 woman reader..something for us to think and consiuos when walking in front of man..and is totally dangerous walking in fronty of u! hopefully women doesnt fall in front of u just becos u were staring at them..heheh..
p/s: en mazan suka wanita kategori number bape?
wah scary la bc article nih..
huhu..
Post a Comment