Sunday, June 29, 2008

Baca Berita Semasa

huh membaca berita ni macam hobi aku gak la tapi kadang-kadang pon aku tertinggal gak pasal isu-isu semasa yang baru. sekurang-kurang nyer aku tak mahu jadi katak di bawah tempurung didalam gua ditengah-tengah hutan belantara sana yang langsung tak tahu apa-apa berita samada kt malaysia atau sekitar dunia. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dan juga 'general knowledge' yang luas boleh diperolehi dari pembacaan yang kita lakukan. So, kawan-kawan sumer jangan la tak membaca langsung dan tidak ambil tahu pasal keadaan disekeliling kita ni.

kalau melayari internet ni aku selalu jek akan melawat laman-laman berita sebab kadang-kadang malas nk beli paper kat tepi jalan mahu pon dikedai2 buku tu semua.

Paper dah mahal la sekarang sebab sumber asas paper (kertas) yang berasal dari pokok-pokok tuh dh semakin berkurangan so sebagai seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini, aku cuba dan berusaha serba sedikit menyumbang ke arah selamatkan pokok-pokok yang digunakan untuk membuat kertas. Tapi tidak bermakna kita tak dapat membaca kalau tak ada kertas sebab banyak lagi alternatif dan sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan unsur-unsur maklumat ni.

Bak kata pepatah nak seribu daya kalau tak hendak macam alasan boleh timbul. kalau kita perasan sekarang ni media malaysia banyak memaparkan isu-isu politik dan juga kena mengenakan antara satu sama lain. Aku kadang naik meluat dan hampeh dengan keadaan sekarang ni tapi nak buat macam mana kalau tidak ada ahli politik, maka negara tidak terbentuk dengan aman makmur nyer. tapi jangan la bergaduh sampai gadaikan maruah negara, jual tanah negara dan menyusahkan rakyat. mereka semua lebih baik berbincang macam mana hendak mudahkan urusan anggota masyarakat sekarang ni. apa pon yang penting aku sayang negara malaysia ni sebab negara tumpah darah aku ( huh patriotik ni).

Oleh sebab berita-berita politik ni memeningkan aku, so aku layan la berita sukan. kalau korang maklum sepanyol dah menjuarai EURO 2008 dan sekarang ni tengah berlangsung kejohanan tennis Wimbledon Open. huh kalau bab sukan memang aku follow la sebabnyer aku memang minat sukan. tapi baru-baru ni aku agak hampa sebab kelmarin pasukan kebanggaan aku Johor FC kalah ngn Sabah dekat Likas untuk Piala Malaysia (xpe2 they will come back).




Walau pon layan sukan luar negara jangan dilupakan sukan-sukan dalam negara kita bak kata menteri sukan...Majulah Sukan Untuk Negara. yelah aku terpikir gak kalau sukan negara kita maju maka banyak benda lain boleh maju contoh nya klau bola sepak negara kita boleh masuk piala dunia, tumpuan fokus negara-negara kt dunia ni akan terfokus kt Malaysia and x mustahil klau Malaysia Boleh anjurkan Kejohanan Piala Dunia kt Malaysia pulak. Bercita-cita betul aku nk tengok Malaysia anjur Piala Dunia.

So berbalik cerita asal tentang baca berita semasa, sebenarnyer apa yang aku nk sampaikan adalah klau kita 'updated' berita semasa boleh membantu kita mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru dan maju kehadapan dari yang lain. sebabnya kalau kita tahu teknologi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang banyak so kita akan maju dalam sektor pembuatan makanan dan sektor industri kita pon meningkat. Maka peluang pekerjaan pon bertambah dan ekonomi kita meningkat seterusnya pendapatan kita pon baek. ini semua berpunca dari ilmu pengetahuan yang kita perolehi dan maklumat + info-info semasa yang kita kuasai. dengan erti kata lain sebagai seorang manusia dengan ilmu yang kita ada kita perlulah memahami dan menguasai sebenar-benarnya kerana apabila kita kuasai betul-betul ilmu yang kita ada tak kesah la ilmu panjat pokok ke, ilmu menanam pokok ke, kita kena kuasai dan mesti kreatif untuk mengembangkan ilmu tu.

No comments: