
Seronok semestinya kalau dapat tidur waktu-waktu begini dimana suasana yang syahdu, sunyi, sejuk dan nyaman. Aktiviti tidur memang menyeronokan dan membahagiakan lebih-lebih lagi hari minggu. memang di akui oleh aku sendiri waktu wekend adalah waktu yang paling 'best' untuk tidur sebab waktu itu kita tidak bekerja dan kadangkala malam sebelumnya kita pulun habis berpoya-poya. penat lelah semasa kerja dan tekanan semasa kerja kita lepaskan pada hari minggu. mengikut kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar perubatan, jangkamasa yang sesuai bagi seorang dewasa untuk tidur adalah selama 5 atau 6 jam sehari. ini kerana badan kita memerlukan waktu untuk merehatkan semua otot-otot dan juga aktiviti tubuh kita yang 24 jam bekerja tanpa henti. cukup tidur bermaksud kita dapat tidur dalam tempoh tersebut dan mendapat rehat yang secukupnya untuk persedian pada hari esoknya. tetapi kalau waktu minggu kita memang akan menggunakan waktu yang ada untuk melepaskan rindu kita kepada bantal kita yang selalunya ditinggalkan seawal pagi pada hari-hari bekerja.
Tidur yang baik adalah tidur yang secukupnya iaitu 5 hingga 6 jam tanpa ganguan dari luar semasa kita tidur. sewaktu tidur otak kita akan direhatkan dan menghadapai situasi hibernasi iaitu otak separa sedar. ini bermaksud otak kita masih lagi bekerja tetapi dalam keadaan lebih fokus kerana tanpa ganguan daripada optik mata. kalau dikutkan otak kita akan lebih berkesan pada waktu tidur bermaksud sesiapa dapat menelaah atau mencari penyelesaian sesuatu masalah lebih baik dalam keadaan kita yang separa sedar. oleh yang demikian kita kadangkala bermimpi sesuatu yang menyerupai keadaan sebenar hidup kita dan kadangkala keadaan tersebut digambarkan terlalu indah dimana ia dipengaruhi oleh emosi kita pada waktu tersebut. kondisi atau keadaan semasa tidur penting kerana ia juga mempengaruhi otak kita semasa tidur. boleh kita lihat dimana 2 orang dewasa yang tidur di 2 keadaan yang berbeza dimana orang yang tidur di dalam suasana yang mempunyai penghawa dingin dengan mereka yang tidur dikawasan yang agak kepanasan akan mempunyai personaliti yang berbeza. mereka yang tidur dalam keadaan yang lebih sejuk akan mempunyai personaliti yang lebih tenteram dan agak 'cool' daripada mereka yang tidur dalam keadaan yang kepanasan. ini disebabkan aruhan keadaan tempat semasa otak kita semasa tubuh kita berehat.

2 comments:
pakar saintifik dah bercerita.....
hahahaha.....
ur face jus like me cuz loz...
hohoho...
ad gak org same muke ngn die...
Post a Comment