huh sudah lama tidak berkarya dan mencurahkan idea di dalam blog ni. kebelakangan ini sangat sibuk dan memerlukan banyak masa untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan. tapi walaupun begitu blog ini tetap dilawati untuk mengetahui komen dan juga cadangan daripada rakan-rakan pembaca sekalian. kali ini mesej yang nak di utarakan pasal makan. walaupon kita sedang menghadapi bulan yang penuh berkat, penuh rahmat dan bulan yang mubarak ini serta tatkala kita dengan penuh keikhlasan berpuasa pada siang hari ni tidak bermakna kita tidak boleh bercerita pasal makan. makan adalah satu istilah yang penting dalam kehidupan seharian kita. ada orang bilang makan untuk hidup dan ada yang merasakan mereka hidup untuk makan. masing-masing ada alasan mereka sendiri untuk mendefinasikan istilah tersebut. berbalik berkenaan makan, makan perlu untuk kita mendapatkan sumber-sumber tenaga kepada tubuh kita agak kita dapat hidup dan berkelana dimuka bumi ini. makan yang bagus adalah apabila kita makan dengan tabiat makan yang betul iaitu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa/waktu yang sesuai.
ramai yang tidak sedar berkenaan dengan sebab utama kita makan. ada yang beranggapan bahawa makan sebab lapar atau makan sebab dh rutin mereka nk makan. tapi hakikatnya makan penting untuk kita menjana tenaga untuk pergerakan kita seharian. yang membezakan antara benda hidup dan bukan hidup adalah pergerakan. makanan yang kita ambil akan menjadi sumber tenaga kepada kita untuk pergerakan bukan sahaja pergerakan badan kita tetapi pergerakan sistem dalam tubuh kita. sebab itu kita disuruh untuk mendapatkan makan yang berkhasiat untuk menjadikan segara pergerakan dalam tubuh kita lancar seperti kereta kita yang perlukan minyak petrol yang baik untuk menjaga enjinnya. makanan berkhasiat perlu supaya jumlah makanan yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh kita dan tidak terlebih. jika terlebih maka terjadilah masalah seterusnya iaitu obesiti. Oleh yang demikian, piramid makanan kita perlulah kita jaga dan awasi supaya ia sesuai dengan keperluan tubuh kita.
piramid makanan kita perlu mengandungi 4 aras iaitu aras 1 menjadi tapak dimana tapak sesebuah piramid adalah besar bermakna ia adalah asas utama kepada sesebuah piramid. di sini dilampirkan kandungan setiap aras sebagai pedoman:
Aras 1= Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti atau biskut mi penuh.
Aras 2= Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
Aras 3= Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah serta hasil kekacang seperti tauhu dan tempe. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
Aras 4= Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan ini yang perlu dimakan.
so begitu la serba sedikit pasal makan dan diharapkan semasa membeli juadah berbuka nanti pastikan aras-aras dalam piramid makanan dipenuhi. isu makan ini sangat besar kalau nak dibincangkan dalam satu artikel. maka saya harapkan pandangan komen dan juga buah fikiran dari kawan pembaca sekalian untuk mendapatkan lebih idea dan juga komen yang membina untuk menjadikan artikel seterusnya lebih bermutu.
1 comment:
salam..
wah wah orang poser.. kamu lak coter sal makanan?? ni frust sebab xleh makan di kala wat annotation di siang hari ka?? xpe xpe.. kang malam2 ade.. siap boley nyanyi lagu raye agi.. rosakkan lagu org!! hek hek.. haaaa bile nak banje makan??
tobat! kekkokkk!!
Post a Comment