Monday, September 15, 2008

Menghalau Ayam, Kelab Makan Tengah Hari dan Berbuka Puasa



Kembali menulis sedikit cerita yang dirasakan merupakan pengalaman semasa kecil dulu berkenaan berbuka puasa. alhamdulilah dh separuh bulan kita berpuasa dan dh 15 hari kita berbuka puasa dan merasai juadah-juadah yang bermacam-macam sempena bulan puasa ni. kalau bukan kerana bulan puasa kita tidak makan kurma, ayam golek, roti john, kuih pelita, nasi ayam, nasi kerabu, puding gula hangus, ayam percik dan pelbagai lagi jenis-jenis makanan yang rasanya sanagt glamour dibulan Ramadhan al-mubarak ni. Mungkin ada yang merasakan pergi ke bazar Ramadhan adalah wajib dikala petang untuk membeli juadah berbuka puasa tetapi bagi aku dan rakan-rakan serumah lebih baik masak dirumah lebih jimat kononya la. tapi cerita pasal bazaar akan diceritakan pada post akan datang sebab kurang maklumat lagi.

berbalik kepada tajuk berkenaan dengan menghalau ayam dan kelab makan tengah hari adalah satu istilah yang digunakan semasa bulan puasa. wujudnya kelab makan tengah hari disebabkan ada diantara kita yang tidak dapat berpuasa (terutamanya golongan wanita) dan mereka akan makan tengah hari ditempat-tempat tersorok almaklumlah sebab kalau makan dikhalayak ramai tak baik dipandang orang. kelab makan tengah hari ini bukanlah kelab yang berdaftar atau mempunyai ahli yang tetap maka ianya wujud sebagai underground. bagi yang pernah mengangotai kelab ini mereka pula akan sibuk pada tahun berikutnya sebelum bulan Ramadhan untuk gantikan apa yang mereka tinggalkan.

isu menghalau ayam pula digunakan semasa aku kecil dahulu pada waktu bulan puasa gak. ini adalah sebagai motivasi kepada diri sendiri untuk bersama-sama berpuasa walaupun masih umur yang muda. kalau kita pernah dengar ibu bapa ada yang menawarkan ganjaran seringgit kalau berpuasa penuh atau 50 sen kalau berpuasa separuh hari kepada anak-anak untuk menggalakkan mereka berpuasa, tetapi bagi famili aku sebaliknya. barangsiapa tidak berpuasa pada siang harinya nescaya semasa buka puasa nanti tugasnya adalah menghalau ayam masuk ke reban sebab sudah magrib tak baik ayam-ayam main diluar reban. ini sebenarnya adalah satu bentuk motivasi yang lebih baik kepada anak-anak supaya mereka berpuasa disamping mengajar anak-anak tidak mengharapkan sebarang ganjaran dari ibu bapa jika mereka melakukan sesuatu ibadah dimana apa yang diajar adalah berpuasa bersama dan dapat berbuka puasa bersama sebagai satu keluarga.



semasa aku kecil dulu (darjah 2 kot ada aku terbatal puasa), pernah la melakukan aktiviti menghalau ayam ni sebabnya tidak boleh duduk bersama denagn orang yang berpuasa dan dari situ aku berazam aku taknak menghalau ayam lagi bersama dan ingin bersama ahli keluarga yang lain untuk berpuasa dan berbuka bersama. memang seronok kalau dapat berbuka puasa bersama dari menghalau ayam yang ntah x reti bahasa asyik nak tidur kat atas pokok saje. berbuka bersama menjadi meriah dan menarik hingga kan lauk dan juadah yang sedikit akan menjadi banyak kerana kita makan bersama dan dalam keadaan gembira. 'saat gembira bagi seseorang yang berpuasa adalah semasa berbuka puasa beramai-ramai' ustaz aku pernah berkata satu ketika dulu.

6 comments:

Anonymous said...

wahhh...
zan penah keja ayam...
mst xpert kn?
hohohooooo
haah heh besh loz bebuka gamai2..
xde la rase xbesh..
sal Kelab Mam Tengahari 2 xleh nk ckp pe la..
coz ad jek yg xmam wlau xpoce...

Anonymous said...

wahhh...
zan penah keja ayam...
mst xpert kn?
hohohooooo
haah heh besh loz bebuka gamai2..
xde la rase xbesh..
sal Kelab Mam Tengahari 2 xleh nk ckp pe la..
coz ad jek yg xmam wlau xpoce

snm | snm said...
This comment has been removed by the author.
snm | snm said...

Mazan..yg pntg akak dh x menganggotai Kelab tu lg ok :p

halau ayam?wahh menarekk!! x penah plak akak halau ayam ni masuk reban.

zonaku said...

hiihi.. dah besar2 ni kene halau ayam lagik x?
salam kenal... terjumpa blog ni masa jenjalan dlm blog org2

Adam Mohd Juni said...

keh. bro tgglkan ayam tu . meh makan tengah hari same2.

berjemaah.

haha