Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum bulan syawal berakhir dan masing-masing berlumba-lumba untuk mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka adalah istilah rakyat Malaysia yang telah wujud sejak zaman awal 80-an dahulu tetapi tidak diguna pakai secara meluas. tapi menjelang akhir tahun 90-an dan awal 2000 istilah ini mula meniti dibibir-bibir setiap warga malaysia. mitosnya rumah terbuka adalah satu kewajipan yang perlu ada sepanjang musim perayaan khas nya contohnya semasa hari raya aidilfitri, sambutan tahun baru cina, perayaan depavalli dan juga perayaan hari gawai @ menuai. tetapi sebenarnya rumah terbuka boleh berlangsung tanpa perlu ada perayaan besar ini dan tidak hukumnya wajib dilakukan semasa hari raya tetapi jika kita menyambut hari-hari besar keluarga contohnya menyambut kehadiran warga baru dalam family, meyambut hari lahir, menyambut maulud nabi dan sebagainya.
rumah terbuka a.k.a 'open house' sebenarnya satu program jamuan makan atau program lepak bersama sambil makan-makan. selain makan-makan 'open house juga boleh juga dijadikan program untuk memperknalkan sesuatu kepada khayalak umum, rakan-rakan dan juga ahli keluarga. sudah terlekat dalam kepala kita open house mesti ada makan percuma dan ada jamuan besar-besaran tetapi hakikatnya rumah terbuka tidak perlu begitu kerana kita boleh membuat rumah terbuka dengan hanya menjamu jemputan kita dengan minuman sahaja dan biskut kering. tetapi impak kepada apa yang kita jamu kepada tetamu kita akan menjadikan tujuan dan konsep rumah terbuka itu sampi didalam diri jemputan kita.
rumah terbuka merupakan satu konsep yang baik yang perlu diamalkan kepada mereka yang mampu dan berkeupayaan mengadakannya kerana ia adalah satu cara kita bersedekah dan juga sebagai satu usaha untuk mengikat satu tali persaudaraan dan ikatan kekeluargaan. sesebuah institusi juga perlu untuk mengadakan rumah terbuka kerana ia akan adalah satu alat untuk menghubung antara kakitangan dan juga penggerak sesebuah institusi supaya hubungan ini dapat membentuk satu kombinasi perkhidmatan yang bagus. walaupun secara kecil-kecilan tapi impaknya sangat la besar. ia juga merupakan satu pelaburan jangkamasa panjang dan juga hasil yang diperolehi mungkin tidak akan secara terus.(http://rumah18.blogspot.com/)
oleh yang demikian seandainya ada lagi rumah terbuka atau jamuan percuma selepas ini boleh la menjemput saya. sekian.......
1 comment:
terdapat beberapa perkataan yang salah dieja tuan hamba..
mungkin sebelum publish, tuan hamba boleh membaca semula entry satu demi satu perkataannya supaya bebas daripada gejala salah eja..
rumah terbuka memang platform paling sesuai untuk memenuhkan perut dengan pelbagai aneka makanan yang tersedia..
walaubagaimanapun, tatatertib dan kesusilaan perlu dijaga kerana beraya di rumah orang tidak sama seperi beraya di rumah sendiri..
sekian...
Post a Comment