
huh lame sudah tidak updated blog ni rasa macam sudah bersawang yang amat. mungkin kerana sibuk untuk menganotate data Leucosporidium dan juga mempelajari pathway studio menyebabkan aku tidak cukup masa nak tenung blog ni lama-lama. tapi thanks kepada pembaca dan pelawat semua yang sudi-sudi untuk dtang dan membaca nukilan aku yang tidak seberapa ini. kesibukan ini juga menyebabkan aku dah lama tidak memasak kat rumah aku yang bahagia itu. rasa teringin nak mulakan semula aktiviti memasak semula tetapi sambutan ahli keluarga rumah no 18 tidak memberansangkan sejak kebelakangan ini. kami sekarang lebih melayan makcik nasi lemak depan rumah dari melayan dapur dan kuali dirumah. mungkin kami sedang melalui kegawatan ekonomi ataupun kami mengalami kegawatan nak pergi makan dikedai makan.
apa pun memasak adalah salah satu cara untuk kita hilangkan stress semasa bekerja bagi sesetengah orang dan ada kalanya memasak ini memberi kepuasan kepada diri kita. kepuasan itu timbul apabila penat lelah kita memasak, masakan kita dinikmati dengan penuh kenikmatan oleh orang yang memakannya dan mereka pula memuji masakan kita. segala penat lelah memasak akan hilang kerana keseronokan memasak. kadangkala memasak secara bersama-sama dengan teman serumah juga mengeratkan hubungan sesama ahli rumah. teringat aku sebelum puasa dahulu kami bersama-sam menyediakan menu makanan malam. masing-masing memainkan peranan mereka sendiri dimana ada yang potong bawang, ada yang membasuh ayam, ada yang masak nasi, ada yang menyediakan tempat makan dan ada yang jadi tukang rasa. masa terbentuklah satu hubungan harmoni dan juga keseronokan duduk didalam satu rumah.
menu masakan tidak menimbulkan masalh bagi kami orang bujang lelaki kerana kami melantak semua jenis makanan dan kadangkala kami juga memilih kerana mengikut citarasa yang sesuai dikala itu. menu biasa yang kami layan adalah kari ayam, paprik ayam, ayam masak kicap, ayam masak merah , ayam goreng kepsi (huh KFC gak dapat nama), nasi ayam, tom yam ayam dan segala jenis masakan ayam kami dah cuba. tapi mengapa ayam menjadi target utama dalam masakan kami. kerana kami susah nk siang ikan sebab leceh sikit la nak siang ikan ni. kalau ayam boleh saja minta tolong abang pasar malam tu potong dan bersihkan mana yang patut pada ayam tersebut. kadangkala kami mengubah citarasa kepada ikan sebab bosan makan ayam, maka kami membeli ikan dan pakar siang ikan dirumah adalah en kacang a.k.a RO Azlan. menu ikan ni tidak banyak macam menu ayam sebab selalunya ikan yang kami beli kami akan goreng dan masak asam pedas versi orang bujang. ada sekali kami bakar ikan caru cecah ngn kuah asam masa en Alib (kelasi kapal + ex-housemate kami) datang ke rumah tapi masa tu sesksa nak cari daun pisang. ikutkan kami nak je amik kat tepi-tepi jalan tapi rasa macam kureng sedap jek nanti, maka mula kisah membodek jiran rumah untuk mendapatkan sehelai daun pisang.
macam-macam yang akan berlaku kalau kita memasak ni kerana memasak adalah satu perkara yang memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang baik. almaklumlah hasil ini akan masuk kedalam mulut kita dan akan di gunakan oleh tubuh kita. maka diet dan sumber sesuatu makanan itu kena lah betul dan sahih. kepuasan memasak adlah bila dapat menikmati masakan itu secara beramai-ramai dan masakan itu sesuai denagn rasa yang di minati. sedap tidak sedap itu dinilai oleh setiap individu yang berbeza citarasa dan apa yang perlu ada untuk memasak adalah keberanian untuk mencuba.
3 comments:
uish..pandai jg ko masak ek..?
hohohooooooo...
xsangke en Mazan nih pandai masak..
leh la ajar abie heh..???
hohohoooooo
ehee... orang bujang memasak... nak rasa ket leh..?
Post a Comment