Pertama sekali aku nk ucapkan takziah kepada rakan-rakan rumah no 18 yang telah kehilangan barang-barang berharga mereka pada kejadian hari Isnin 24 November 2008 yang lepas. Walaupun aku aku percaya aku tidak ada kehilangan barang-barang berharga (sebab belum cek sepenuhnya) tapi aku juga berasa bersalah untuk kejadian tersebut. Yelah memandangkan aku orang terakhir yang meninggalkan rumah pada jam 9.00 pagi kerana memerlukan aku datang awal ke MGI pada hari tersebut. Aku pasti aku telah mengunci rumah tetapi tidak mengunci grill rumah kerana ada En Fathi kt rumah lagi waktu itu. yelah bak kata pepatah malang tidak berbau so bila sudah kerja aku di MGI dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan bahawa rumah kami dipecah masuk. bergegas aku ke rumah untuk melihat situasi yang berlaku dan alhmdlh aku dapati tiada apa yang besar berlaku. semua dalam keadaan terkawal cuma En Fathi, En Azlan Jahaya, En Fadhil dan juga En Syafiq kehilangan barang mereka yang kebanyakannya peralatan elektronik.
Bijak sungguh pencuri yang masuk ke dalam rumah kami itu tetapi terpfikir pula oleh aku adakah pencuri ini sudah biasa dengan keaddan rumah kami sehinggakan die tahu dimana kami menyimpan semua barang tersebut. Walaupun En Fathi ada di dalam rumah dia tetap berani untuk memecah masuk rumah. Modus operandi adalah sama seperti yang telah dilaporkan oleh En Fadhil yang telah membuat report polis dimana si pencuri akan masuk kerumah untuk mencari barangan elektronik yang boleh diangkut dengan mudah. Adakah si pencuri ini sudah biasa denagn kegiatan ini yang dapat mengawal emosi semasa melakukan sesuatu kesalahan yang juga disebut (CRIMINAL MIND). Mereka berjaya mencipta situasi yang menjadikan mereka tidak kelam kabut apabila melakukan sesuatu yang tidak baik/kesalahan. Adakah ini satu habit mereka atau mereka melakukan semua ini adalah semata-mata untuk keperluan hidup mereka.
Adakah kita boleh menuduh pendatang atau warga negara asing yang menetap di negara ini sebagai suspek dalam kejadian pecah rumah ini menurut statistik yang sumbernya dari internetiaitu pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd bahawa 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah pada 2006 dan ia meningkat kepada 134 orang bagi tahun 2007 manakala warga Filipina pula kedua paling ramai terlibat dalam kes jenayah pecah rumah iaitu 30 orang pada 2006 dan meningkat mendadak kepada kepada 121 orang pada 2007. Tetapi bagaimana pula pencuri tersebut adalah warga Malaysia yang berkemampuan dan juag mampu untuk memiliki barang yang mereka hendak miliki.
Adakah mencuri ini satu penyakit atau satu keadaan yang menjadi habit kepada seseorang individu. Mereka menjadikan mencuri adalah satu hobi yang mana sebagai kepauasan diri memiliki barang yang orang lain boleh miliki. mereka puas jika dapat mencuri dan menunjukkan bahawa mereka adalah seorang pencuri yang handal. Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka bijak merancang strategi. Okeh nampaknya saat untuk aku mengarang tidak mengizinkan bagi membincangkan isu-isu ini. Insyallh kalau ada kelapangan lagi kita akan berbincang berkenaan dengan jenayah pecah rumah dan mencuri harta benda. Oleh yang demikian sudi-sudi lah memberi idea yang membina kepada saya bagi menambah ilmu. TERUS BERSAMA SIAPAMAZAN.....
5 comments:
hah?? mencuri?? ayookkk doseee... huhu kena double triple alert ni.. riso lak.. hehe habit?? memang pelikla kalo mencri sbg habit.. kesian tul bagi mereka yg menghabitkan diri secara mencuri ni.. (alamak da mcm ayat cikgu BTL) hehehe.. ape yg penting.. KERJASAMA!!
ngeh3..
akuamek satu story jer tuh benarnye..
sbb pjg sgt, aku pecah 4 la..
nnt bosan ma bc..
ni dah lm x update..
byk keje n xde idea n mood nk menulis..
huhu..
tapi mmg wujud org yang habitnyer mencuri...akk pun pernah kena...geramnyer cam rasa nak lepuk je org yang mencuri tu...dahla tau yang mana satu orgnyer...huhu
Advice : Walau ad org skali pon dlm umah, pastikan sume pintu utama bkunci coz xsemestinye org 2 berada depan pintu..b careful ya..
tq
Mazan,aku rse penchuri umh ko 2 dh lame aim umh ko..or dia tau selok-belok umh ko..
Post a Comment