Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisahaneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pon malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level "iman" kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ' Amr r.a.]
Monday, June 30, 2008
Sunday, June 29, 2008
Baca Berita Semasa
huh membaca berita ni macam hobi aku gak la tapi kadang-kadang pon aku tertinggal gak pasal isu-isu semasa yang baru. sekurang-kurang nyer aku tak mahu jadi katak di bawah tempurung didalam gua ditengah-tengah hutan belantara sana yang langsung tak tahu apa-apa berita samada kt malaysia atau sekitar dunia. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dan juga 'general knowledge' yang luas boleh diperolehi dari pembacaan yang kita lakukan. So, kawan-kawan sumer jangan la tak membaca langsung dan tidak ambil tahu pasal keadaan disekeliling kita ni.
kalau melayari internet ni aku selalu jek akan melawat laman-laman berita sebab kadang-kadang malas nk beli paper kat tepi jalan mahu pon dikedai2 buku tu semua.
Paper dah mahal la sekarang sebab sumber asas paper (kertas) yang berasal dari pokok-pokok tuh dh semakin berkurangan so sebagai seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini, aku cuba dan berusaha serba sedikit menyumbang ke arah selamatkan pokok-pokok yang digunakan untuk membuat kertas. Tapi tidak bermakna kita tak dapat membaca kalau tak ada kertas sebab banyak lagi alternatif dan sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan unsur-unsur maklumat ni.
Bak kata pepatah nak seribu daya kalau tak hendak macam alasan boleh timbul. kalau kita perasan sekarang ni media malaysia banyak memaparkan isu-isu politik dan juga kena mengenakan antara satu sama lain. Aku kadang naik meluat dan hampeh dengan keadaan sekarang ni tapi nak buat macam mana kalau tidak ada ahli politik, maka negara tidak terbentuk dengan aman makmur nyer. tapi jangan la bergaduh sampai gadaikan maruah negara, jual tanah negara dan menyusahkan rakyat. mereka semua lebih baik berbincang macam mana hendak mudahkan urusan anggota masyarakat sekarang ni. apa pon yang penting aku sayang negara malaysia ni sebab negara tumpah darah aku ( huh patriotik ni).
Oleh sebab berita-berita politik ni memeningkan aku, so aku layan la berita sukan. kalau korang maklum sepanyol dah menjuarai EURO 2008 dan sekarang ni tengah berlangsung kejohanan tennis Wimbledon Open. huh kalau bab sukan memang aku follow la sebabnyer aku memang minat sukan. tapi baru-baru ni aku agak hampa sebab kelmarin pasukan kebanggaan aku Johor FC kalah ngn Sabah dekat Likas untuk Piala Malaysia (xpe2 they will come back).

Walau pon layan sukan luar negara jangan dilupakan sukan-sukan dalam negara kita bak kata menteri sukan...Majulah Sukan Untuk Negara. yelah aku terpikir gak kalau sukan negara kita maju maka banyak benda lain boleh maju contoh nya klau bola sepak negara kita boleh masuk piala dunia, tumpuan fokus negara-negara kt dunia ni akan terfokus kt Malaysia and x mustahil klau Malaysia Boleh anjurkan Kejohanan Piala Dunia kt Malaysia pulak. Bercita-cita betul aku nk tengok Malaysia anjur Piala Dunia.
So berbalik cerita asal tentang baca berita semasa, sebenarnyer apa yang aku nk sampaikan adalah klau kita 'updated' berita semasa boleh membantu kita mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru dan maju kehadapan dari yang lain. sebabnya kalau kita tahu teknologi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang banyak so kita akan maju dalam sektor pembuatan makanan dan sektor industri kita pon meningkat. Maka peluang pekerjaan pon bertambah dan ekonomi kita meningkat seterusnya pendapatan kita pon baek. ini semua berpunca dari ilmu pengetahuan yang kita perolehi dan maklumat + info-info semasa yang kita kuasai. dengan erti kata lain sebagai seorang manusia dengan ilmu yang kita ada kita perlulah memahami dan menguasai sebenar-benarnya kerana apabila kita kuasai betul-betul ilmu yang kita ada tak kesah la ilmu panjat pokok ke, ilmu menanam pokok ke, kita kena kuasai dan mesti kreatif untuk mengembangkan ilmu tu.
kalau melayari internet ni aku selalu jek akan melawat laman-laman berita sebab kadang-kadang malas nk beli paper kat tepi jalan mahu pon dikedai2 buku tu semua.
Paper dah mahal la sekarang sebab sumber asas paper (kertas) yang berasal dari pokok-pokok tuh dh semakin berkurangan so sebagai seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini, aku cuba dan berusaha serba sedikit menyumbang ke arah selamatkan pokok-pokok yang digunakan untuk membuat kertas. Tapi tidak bermakna kita tak dapat membaca kalau tak ada kertas sebab banyak lagi alternatif dan sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan unsur-unsur maklumat ni.Bak kata pepatah nak seribu daya kalau tak hendak macam alasan boleh timbul. kalau kita perasan sekarang ni media malaysia banyak memaparkan isu-isu politik dan juga kena mengenakan antara satu sama lain. Aku kadang naik meluat dan hampeh dengan keadaan sekarang ni tapi nak buat macam mana kalau tidak ada ahli politik, maka negara tidak terbentuk dengan aman makmur nyer. tapi jangan la bergaduh sampai gadaikan maruah negara, jual tanah negara dan menyusahkan rakyat. mereka semua lebih baik berbincang macam mana hendak mudahkan urusan anggota masyarakat sekarang ni. apa pon yang penting aku sayang negara malaysia ni sebab negara tumpah darah aku ( huh patriotik ni).
Oleh sebab berita-berita politik ni memeningkan aku, so aku layan la berita sukan. kalau korang maklum sepanyol dah menjuarai EURO 2008 dan sekarang ni tengah berlangsung kejohanan tennis Wimbledon Open. huh kalau bab sukan memang aku follow la sebabnyer aku memang minat sukan. tapi baru-baru ni aku agak hampa sebab kelmarin pasukan kebanggaan aku Johor FC kalah ngn Sabah dekat Likas untuk Piala Malaysia (xpe2 they will come back).

Walau pon layan sukan luar negara jangan dilupakan sukan-sukan dalam negara kita bak kata menteri sukan...Majulah Sukan Untuk Negara. yelah aku terpikir gak kalau sukan negara kita maju maka banyak benda lain boleh maju contoh nya klau bola sepak negara kita boleh masuk piala dunia, tumpuan fokus negara-negara kt dunia ni akan terfokus kt Malaysia and x mustahil klau Malaysia Boleh anjurkan Kejohanan Piala Dunia kt Malaysia pulak. Bercita-cita betul aku nk tengok Malaysia anjur Piala Dunia.
So berbalik cerita asal tentang baca berita semasa, sebenarnyer apa yang aku nk sampaikan adalah klau kita 'updated' berita semasa boleh membantu kita mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru dan maju kehadapan dari yang lain. sebabnya kalau kita tahu teknologi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang banyak so kita akan maju dalam sektor pembuatan makanan dan sektor industri kita pon meningkat. Maka peluang pekerjaan pon bertambah dan ekonomi kita meningkat seterusnya pendapatan kita pon baek. ini semua berpunca dari ilmu pengetahuan yang kita perolehi dan maklumat + info-info semasa yang kita kuasai. dengan erti kata lain sebagai seorang manusia dengan ilmu yang kita ada kita perlulah memahami dan menguasai sebenar-benarnya kerana apabila kita kuasai betul-betul ilmu yang kita ada tak kesah la ilmu panjat pokok ke, ilmu menanam pokok ke, kita kena kuasai dan mesti kreatif untuk mengembangkan ilmu tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)