Thursday, November 27, 2008

Mencuri Habit atau Keperluan

Pertama sekali aku nk ucapkan takziah kepada rakan-rakan rumah no 18 yang telah kehilangan barang-barang berharga mereka pada kejadian hari Isnin 24 November 2008 yang lepas. Walaupun aku aku percaya aku tidak ada kehilangan barang-barang berharga (sebab belum cek sepenuhnya) tapi aku juga berasa bersalah untuk kejadian tersebut. Yelah memandangkan aku orang terakhir yang meninggalkan rumah pada jam 9.00 pagi kerana memerlukan aku datang awal ke MGI pada hari tersebut. Aku pasti aku telah mengunci rumah tetapi tidak mengunci grill rumah kerana ada En Fathi kt rumah lagi waktu itu. yelah bak kata pepatah malang tidak berbau so bila sudah kerja aku di MGI dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan bahawa rumah kami dipecah masuk. bergegas aku ke rumah untuk melihat situasi yang berlaku dan alhmdlh aku dapati tiada apa yang besar berlaku. semua dalam keadaan terkawal cuma En Fathi, En Azlan Jahaya, En Fadhil dan juga En Syafiq kehilangan barang mereka yang kebanyakannya peralatan elektronik.

Bijak sungguh pencuri yang masuk ke dalam rumah kami itu tetapi terpfikir pula oleh aku adakah pencuri ini sudah biasa dengan keaddan rumah kami sehinggakan die tahu dimana kami menyimpan semua barang tersebut. Walaupun En Fathi ada di dalam rumah dia tetap berani untuk memecah masuk rumah. Modus operandi adalah sama seperti yang telah dilaporkan oleh En Fadhil yang telah membuat report polis dimana si pencuri akan masuk kerumah untuk mencari barangan elektronik yang boleh diangkut dengan mudah. Adakah si pencuri ini sudah biasa denagn kegiatan ini yang dapat mengawal emosi semasa melakukan sesuatu kesalahan yang juga disebut (CRIMINAL MIND). Mereka berjaya mencipta situasi yang menjadikan mereka tidak kelam kabut apabila melakukan sesuatu yang tidak baik/kesalahan. Adakah ini satu habit mereka atau mereka melakukan semua ini adalah semata-mata untuk keperluan hidup mereka.

Adakah kita boleh menuduh pendatang atau warga negara asing yang menetap di negara ini sebagai suspek dalam kejadian pecah rumah ini menurut statistik yang sumbernya dari internetiaitu pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd bahawa 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah pada 2006 dan ia meningkat kepada 134 orang bagi tahun 2007 manakala warga Filipina pula kedua paling ramai terlibat dalam kes jenayah pecah rumah iaitu 30 orang pada 2006 dan meningkat mendadak kepada kepada 121 orang pada 2007. Tetapi bagaimana pula pencuri tersebut adalah warga Malaysia yang berkemampuan dan juag mampu untuk memiliki barang yang mereka hendak miliki.

Adakah mencuri ini satu penyakit atau satu keadaan yang menjadi habit kepada seseorang individu. Mereka menjadikan mencuri adalah satu hobi yang mana sebagai kepauasan diri memiliki barang yang orang lain boleh miliki. mereka puas jika dapat mencuri dan menunjukkan bahawa mereka adalah seorang pencuri yang handal. Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka bijak merancang strategi. Okeh nampaknya saat untuk aku mengarang tidak mengizinkan bagi membincangkan isu-isu ini. Insyallh kalau ada kelapangan lagi kita akan berbincang berkenaan dengan jenayah pecah rumah dan mencuri harta benda. Oleh yang demikian sudi-sudi lah memberi idea yang membina kepada saya bagi menambah ilmu. TERUS BERSAMA SIAPAMAZAN.....

Monday, November 24, 2008

Betul Ke Ketawa Ubat yang Paling Mujarab

salam kawan-kawan pembaca sekalian, huh post kali ini aku paste jek dari email yang aku terima just untuk tatapan kawan-kawan semua. tapi cuba kita fikirkan adakah benar kenyataan laughing is the best medicine (ketawa ubat yang terbaik) seperti yang di war-war kan sebelum ini. Ok slelepas kawan-kawan baca cerita-cerita dibawah ini beri respon samada anda semakin sehat atau semakin sakit. kekeke...

Citer 1
> Suami : Kenapa Sayang menangis?
> Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
> Suami : Buku apa?
> Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
> Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
> untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
> budak : derma ape bang?
> lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
> budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
> lelaki : ?????


Citer 3
> Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
> Farid : Mengapa?
> Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
> Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
> Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


Citer 4
> 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
> tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5
> Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
> happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer
> balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia
> betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the
> police officer and asked for her driving license and so on but
> unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross
> the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and
> rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak
> buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home
> in Klang.

> So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya
> dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
> Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
> So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
> Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
> HOUSEMATE SAYA."
> So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
> Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

> Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
> tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
> cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena
> saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6
> Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
> pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
> kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
> mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
> Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
> Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
> Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7
> Seorang posmen yang datang menghantar surat .
> " Assalamualaikum "
> " Walaikumsalam "
> " Ni rumah encik Sameon ye?
> " Ya saya"
> " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
> " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8
> Orang Asli Dan Polis
> orang asli : selamat pagi tuan
> polis : selamat pagi
> polis : apa hal
> orang asli : saya nak buat repot tuan
> polis : fasal apa tu
> orang asli : kawan saya di baham harimau
> polis : pukul berapa
> orang asli : dia tak pukul, terkam
> polis : habis?
> orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9
> Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
> bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
> macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
> saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
> itu dengan riang.



Citer 10
> Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
> Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
> berwarna merah.
> "Atok buat apa tu?".
> "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
> Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
> merah tu?"


Citer 11
> Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
> menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
> mayat -mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
> berkenaan..
> Polis : Mengapa ketiga-tiga ma yat tersenyum?
> Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
> strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
> jantung manakala yg ketiga disambar petir.
> Polis : Hah! Ke0napa disambar petir pun tersenyum?
> Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...