Monday, March 02, 2009

Kereta Kancil Berkuasa Turbo....



Cerita ini aku dengar dari seorang kawan dan dia pun dapat dari seorang kawan dan kawannya pon dapat dari seorang kawan kepada kawannya. pendek kata cerita ini merupakan cerita lisan yang tidak dapat dibukti shohihnya. Namun begitu aku tertarik dengan jalan cerita yang memberikan satu pengajaran dan juga satu persoalan yang mana kita aptut fikirkan dan tentukan. Ia membuat aku berfikir akan situasi yang berlaku pada masa ini dari zaman HANG TUAH hingga ke zaman hang mai dari penang ka.



Cerita bermula apabila seorang pak cik telah mengalami masalah pada kenderaan yang di pandunya. Kenderaan tersebut adalah sebuah PERODUA Kancil yang telah digunakannya selama hampir 5 tahun. Ntah kenapa pada hair tersebut kenderaannya mengalami masalah teknikal menyebabkan nya terhenti di tengah jalan disebuah lebuhraya. Maka di usahakan untuk menghidupkan kembali enjin kereta kancilnya tapi masih gagal. Arakian sedang asyik melihat pada enjin kerata kancil nya itu seorang pemuda yang yang baik paras rupanya menegurnya dari belakang. Terkezut dalam keadaan terkawal pakcik tersebut apabila ditegur secara tetiba. Rupa-rupanya pemuda itu datang dengan sebuah kereta yang lebih hebat iaitu SUBARU IMPREZA yang mana pakcik tersebut xperasan akan kehadirannya. Pemuda tersebut bersama rakannya dalam perjalanan dan terlihat pakcik tersebut, lalu mengambil keputusan untuk membantunya. Yelah kita hidup bermasyarakat bantu membantu amalan yang mulia. Maka dicuba dan dicuba oleh dua orang opemuda yang lagaknya seperti seorang mekanik yang profesional membetulkan Kancil pakcik tersebut. Akhirnya 2 orang pemuada tersebut mengalah dan mencadangkan kepada pakcik tersebut untuk menunda kereta Kancil nya ke kedai "Pomen' yang berhampiran dengan bantuan kereta SUBARU mereka. Pakcik itu pun setuju dengan cadangan lelaki tersebut walaupun pada mulanya sangsi dengan kemampuan kereta SUBARU milik mereka. Tapi beliau diyakinkan bahawa SUBARU milik pemuda berdua itu lain dari yang lain dan boleh menunda kereta Kancil tersebut dengan mudah. Dengan mudah mereka berjaya menunda kereta KANCIL tersebut. Sebelum bergerak pemuda berdua itu ada memesan kepada pakcik tersebut bahawa..."Maaf pakcik saya nak pesan awal2 kepada pakcik kerana kami ini darah muda, so kalau kami terlaju atau bawa kereta secara berbahaya pakcik ingatkan kami...pakcik hon atau high beam kepada kami yer"...maka bermula la perjalanan menunda kereta mereka. Tidak semena-mena dan tanpa diduga berlalu la sebuah kereta BMW 3 series yang dinaiki oleh 2 orang gadis yang agak cun dengan laju nya sambil mencabar kereta SUBARU IMPREZA yang dinaiki oleh 2 orang pemuda terbabit. dibakar dengan darah muda dan tercabar dengan keinginan mereka mengetahui siapakah awek yang kureng asam tu lalu tanpa mempedulikan KANCIL yang ditunda mereka memecut SUBARU mereka mengejar BMW tersebut. Adegan potong memotong cucuk mencucuk pun berlaku dengan aksi yang jarang dapat dilihat. Maka tersebut la kisah pakcik yang menaiki kenderaan tersebut yang mula berasa takut dengan gaya pemanduan dua orang pemuda tersebut. Maka beliau pun meng'hon dan beam kepada kereta yang menunda nya tetapi usahanya gagal. beliau mencuba tanpa rasa putus asa bagi memberi peringatan kepada dua pemuda terbabit. Pada masa yang sama tidak jauh dari adegan kejar mengejar sepasukan anggota trafik telah bertugas untuk memantau keadaan lebuh rasa daripada pondok pemerhati. mereka dilengkapi dengan teknologi yang moden yang dikatakan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah jenayah permotoran ini. sedang asyik memehati perjalanan lalu lintas, mereka dikejutkan dengan adegan kejar mengejar antara kedua kereta sebentar td iaitu SUBARU IMPREZA dan juga BMW 3 Series. akan tetapi menjadi tanda tanya kepada mereka dimana walaupun selaju mana kedua kereta ini dibawa mereka masih diekori rapat sebuah kancil yang sentiasa memberi hon dan high beam kepada mereka. menjadi pertanya dihati mereka bagaimana sebuah KANCIL yang biasa dapat mengejar dua buah kereta yang lebih hebat darinya yang sedang berlumba. maka mereka menghubungi pusat kawalan untuk menahan ketiga-tiga kereta terbabit.....!!!!

mungkin anda semua pembaca akan terlintas pelbagai soalan yang mengelirukan anda. tetapi apa yang saya ingin tanya kepada anda semua adalah siapakah yang bersalah dlam kejadian ini.
siapakah yang perlu bertangguingjawab dan siapakah mangsa dalam kisah ini..????

3 comments:

Unknown said...

aku rasa yg salahnya awek yg naik BMW tuh la bro...sbb dia dok perangat mamat tuh..padahal niat diorang baik nk tlg pakcik tu..hohoho..

nice story bro..chaiyok2!

shikamazan said...

tu la pasal aku pikir cmtu gak
xbaek tul la awek2 tu

Anonymous said...

sengal la..
wat lawak jerk..