Wednesday, December 16, 2009

My Research Begin...


kali ni aku nak cerita sikit pasal ape aku selalu duduk lab event wekend pon. aku sekarang dah terlibat dalam bidang penyelidikan bawah projek penyelidikan pensyarah aku. projek aku berkisar bagaimana untuk aku mendapatkan protein yang larut (soluble) protein untuk tujuan mengkristalkannya. so dari sini aku akan ceritakan key element yang ada dalam research project aku iaitu Soluble Protein. akan tetapi apa yang aku cerita ini adalah sekadar kefahaman aku sahaja dan mungkin ada yang menyeleweng sedikit tetapi aku akan cuba menceritakannya sebaik mungkin.

sepanjang pembacaan aku atau penyelidikan perpustakaan walaupon aku ni jarang ke perpustakaan...protein adalah molekul organik yang dihasilkan oleh benda hidup (organisma) yang diperlukan dalam tubuh badan mereka tidak kira dari die dari famili ape. protein ni ade pelbagai jenis dan pelbagai guna dan akan diekspresskan bila badan kita memerlukan nya. dalam projek penyelidikan aku, kajian berkenaan protein yang boleh menghalang pembekuan bendalir. So ape yang telah ditugakan oleh lecturer aku adalah untuk mendapatkan protein itu dari system pengekpresan organisma lain. sebenarnya protein anti-beku (AFP) ni dapat dari organisma yang hidup di antartik tapi berjaya dibawa ke Malaysia semasa expedisi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dulu ke antartik kalau xsilap la. AFP ni diperolehi dari spesis asal nya dari sejenis yis yang boleh hidup dalam keadaan sejuk jek iaitu kurang dari 10"c hingga -10"C.

apa yang perlu aku lakukan adalah dengan mengambil DNA yang mengandungi genetik berkenaan protein anti-beku ini (AFP) dari yis tersebut dan aku masukkan genetik ini kedalam organisma lain yang boleh membantu aku dalam usaha untuk mendapatkan protein ini dengan lebih banyak dan dapat menentukan serta menganggar bila pengeluaran / pengekspressan protein ini. proses ini memang memakan masa dan tenaga dimana perlu mengambil kira cara untuk kita memasukkan genetik asing kedalam sesuatu organisma. dan bekerja dengan organisma hidup ini memerlukan kesabaran dan juga masa yang banyak kerana mahu mereka hidup dan menghasilkan produk yang diingini.

ok setakat ni saja apa yang aku boleh tulis dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan sumer. mana yang lebih arif dalam bidang ni boleh la membantu dan komen apa yang baik dan ape yang buruk. almaklumla sy ini budak baru belajar dan salah silap minta tolong ajarkan.
kerana manusia tidak semua nya sempurna dan kesalahan adalah guru dan pengalaman kita.

1 comment:

Anonymous said...

wow~ ko kristalkan protein ke? pastu akan solve structure x? wah2 nie da blh dapat double phD da nie. haha (yasmin)