Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, May 05, 2010

Photographer in Action...learning about Photography



sudah lame x dapat nk meng'update blog ni sebab sekarang waktu-waktu bertendang untuk labwork aku tapi photography always be my passion and I want to learn more. memang agak lame xkuar tag or wat job tapi camera aku xpernah rehat panjang untuk beraksi. pengalaman tag dengan otai-otai and pro-pro sumer banyak mengajar aku untuk memantapkan skill aku. kata orang 'practice make perfect and i absolutely agree with that'. setiap kali aku ikut otai-otai ni banyak benda baru aku belajar sebab aku suke belajar secara praktikal dari duk membaca teori jek. akan tetapi one thing we must know all the thing start with imagination and theory, so aku ade gak buka blog-blog or web-web yang ada tunjuk info berkenaan dengan photography.





ada gak aku berjalan-jalan ngan kawan sambil mengambil gambar ape yg menarik sebabnyer tujuan asal aku ade DSLR camera adalah untuk traveling and capture the moment of the life. memang mencabar nk shoot gambar kt enviroment luar ni sbb byk benda nk kene tau lighting die, white balance composition subject and sumer nyer la. but learning is never end. wedding photography yang aku join pon sumer nyer adalah practical aku selepas berguru ngn otai-otai sumer. so harap lepas ni ade la job-job phography yang korang sumer bleh offer kt aku. sebab mase wedding ni banyak moment of the life either for the bridge or for the family. my mode of photography is 'Photografy with joy'. because every moment in your wedding day is the joy of all.

Tuesday, July 21, 2009

Dari Manchester ke Malaysia

yepp akhirnya dapat gak aku menonton Man Utd main live walaupon hajat nyer nk tgk kt old traford tapi yelah amne nk ckau duit tu. sejak die umumkan kedatangan tema red devils ni ke Malaysia aku dh berangan nk tengok dierg secara live dan akhirnya pada tanggal 18 julai aritu dapat gak tunaikan hajat. tapi sebelum hari tersebut aku dh berkejaran ke bukit jalil kunun nya nk tengok dierg training dan nasib baik sempat walaupon tersesat jap n terperangkap kt traffic jam aku berjaya gak mausk stadium. training pon dh ramai tengok ni kan pula perlawanan sebenar nanti.


Malaysia XI vs Man Utd dan aku awal-awal lagi dah merasakan malaysia akan kalah tetapi harapan aku semoga kalah bermaruah la. walaupon aku kipas susah mati Man Utd tapi tetap berpijak di bumi malaysia so aku sokong malaysia la semestinya. huh pengalaman menonton perlawanan bola sepak live kt stadium berbeza rupanya dari pengalaman menonton bola kt ESPN or Sportplanet. so macam ragama aku jumpa semasa perjalanan ke sana. walau ape pon bangga aku sebagai rakayat malaysia walaupon ramai berpakaian si setan merah namun semanagat kenegaraan masih wujud dikalangan kita sumer termasuk la aku
kekeke..



Tuesday, July 07, 2009

Bercuti di Pulau Kapas



yezza akhirnya plan begpackers menjadi walaupon tidak sepenuhnya. dan mujur aku dapat buat post yang sesingkat ini kerana masa xcukup dan komitmen lain yang berkaitan yang perlu disegerakan. al-maklum la sekarang sudah naek sem baru so semangat kununnya baru ini serba sedikit gambar yang telah aku amik sepanjang perjalanan. tapi xsempurna la. nanti akan datang whole crita pasal activity begpackers ktrg akan muncul.











Wednesday, February 11, 2009

Antara Port Dickson dengan Cameron Highlands

akhirnya dapat mencuri masa untuk berdiskusi dalam blog ini. setelah memuikirkan masa dan ketika yang telah dan semakin menghimpit ini, aku rasa lebih mudah untuk menulis dan post cerita-cerita pendek shaja untuk tatapan pembaca sekalian. masih dalam misi untuk menjadi slah seorang blogger yang berpengarauh di Malaysia ni (cita-cita besar) tetapi mungkin pengalaman dan juga ilmu yang kurang membataskan impian ini.

usaha tetap dilakukan walaupun dengan bermodalkan yag kecil dan juga ilmu yang rapuh tetapi cikgu-cikgu aku selalu mengingatkan aku usaha tangga kejayaan. sehingga kini aku masih berpegang dengan kata-kata itu. maaf kepada pelawat-pelawat yang hadir tetapi merasa kecewa kerana tidak ada perkembangan terbaru dalam blog ini. insyallh mulai minggu depan akan updated blog ini setiap minggu.

cerita kali ini adalah peluang untuk melawat kawasan sejuk dinegara kita ini iaitu Cameron Highlangs. mungkin aku sudah disumpah tidak dapat menjejakkan kaki ke Cameron kerana sepanjang hidup aku selama 23 tahun ni, rasa nya tidak pernah lagi pergi or melawat ke sana. mungkin masa dan rezeki belum mengizinkan lagi walaupon seronok mereka bercerita tentang keseronokan berada di sana. Minggu yang baru berlalu ini sekali lagi aku di jemput untuk bersama-sama untuk bercuti kesana tetapi dalam pada yang sama juga kumpulan projek penyelidikan yang baru aku sertai juga mengadakan perjumpaan dan juga perbincangan yang mewajibkan kehadiran pelajar dan juga pembantu penyelidik yang terlibat. maka dengan sedihnya terpaksa menolak tawaran ke Cameron Hinglands dan juga berjumpa kawan-kawan semasa bergiat dalam persatuan di UKM dahulu.

maaf rakan-rakan dan harap lepas ini dapat 'join' program yang akan datang. tapi aku gak rasa x dapat lagi nk ke Cameron nk rasa kesejukan disana. Ok that will be my mission this year.

Thursday, November 20, 2008

Jom Memasak dari Main Masak-masak



huh lame sudah tidak updated blog ni rasa macam sudah bersawang yang amat. mungkin kerana sibuk untuk menganotate data Leucosporidium dan juga mempelajari pathway studio menyebabkan aku tidak cukup masa nak tenung blog ni lama-lama. tapi thanks kepada pembaca dan pelawat semua yang sudi-sudi untuk dtang dan membaca nukilan aku yang tidak seberapa ini. kesibukan ini juga menyebabkan aku dah lama tidak memasak kat rumah aku yang bahagia itu. rasa teringin nak mulakan semula aktiviti memasak semula tetapi sambutan ahli keluarga rumah no 18 tidak memberansangkan sejak kebelakangan ini. kami sekarang lebih melayan makcik nasi lemak depan rumah dari melayan dapur dan kuali dirumah. mungkin kami sedang melalui kegawatan ekonomi ataupun kami mengalami kegawatan nak pergi makan dikedai makan.




apa pun memasak adalah salah satu cara untuk kita hilangkan stress semasa bekerja bagi sesetengah orang dan ada kalanya memasak ini memberi kepuasan kepada diri kita. kepuasan itu timbul apabila penat lelah kita memasak, masakan kita dinikmati dengan penuh kenikmatan oleh orang yang memakannya dan mereka pula memuji masakan kita. segala penat lelah memasak akan hilang kerana keseronokan memasak. kadangkala memasak secara bersama-sama dengan teman serumah juga mengeratkan hubungan sesama ahli rumah. teringat aku sebelum puasa dahulu kami bersama-sam menyediakan menu makanan malam. masing-masing memainkan peranan mereka sendiri dimana ada yang potong bawang, ada yang membasuh ayam, ada yang masak nasi, ada yang menyediakan tempat makan dan ada yang jadi tukang rasa. masa terbentuklah satu hubungan harmoni dan juga keseronokan duduk didalam satu rumah.




menu masakan tidak menimbulkan masalh bagi kami orang bujang lelaki kerana kami melantak semua jenis makanan dan kadangkala kami juga memilih kerana mengikut citarasa yang sesuai dikala itu. menu biasa yang kami layan adalah kari ayam, paprik ayam, ayam masak kicap, ayam masak merah , ayam goreng kepsi (huh KFC gak dapat nama), nasi ayam, tom yam ayam dan segala jenis masakan ayam kami dah cuba. tapi mengapa ayam menjadi target utama dalam masakan kami. kerana kami susah nk siang ikan sebab leceh sikit la nak siang ikan ni. kalau ayam boleh saja minta tolong abang pasar malam tu potong dan bersihkan mana yang patut pada ayam tersebut. kadangkala kami mengubah citarasa kepada ikan sebab bosan makan ayam, maka kami membeli ikan dan pakar siang ikan dirumah adalah en kacang a.k.a RO Azlan. menu ikan ni tidak banyak macam menu ayam sebab selalunya ikan yang kami beli kami akan goreng dan masak asam pedas versi orang bujang. ada sekali kami bakar ikan caru cecah ngn kuah asam masa en Alib (kelasi kapal + ex-housemate kami) datang ke rumah tapi masa tu sesksa nak cari daun pisang. ikutkan kami nak je amik kat tepi-tepi jalan tapi rasa macam kureng sedap jek nanti, maka mula kisah membodek jiran rumah untuk mendapatkan sehelai daun pisang.


macam-macam yang akan berlaku kalau kita memasak ni kerana memasak adalah satu perkara yang memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang baik. almaklumlah hasil ini akan masuk kedalam mulut kita dan akan di gunakan oleh tubuh kita. maka diet dan sumber sesuatu makanan itu kena lah betul dan sahih. kepuasan memasak adlah bila dapat menikmati masakan itu secara beramai-ramai dan masakan itu sesuai denagn rasa yang di minati. sedap tidak sedap itu dinilai oleh setiap individu yang berbeza citarasa dan apa yang perlu ada untuk memasak adalah keberanian untuk mencuba.

Monday, September 22, 2008

Tawarih....terawih dan juga Sportcenter

huh bulan puasa adalah satu anugerah tuhan kepada hambaNYA kerana dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar (corret me if im wrong). Maka kita digalakan untuk memperbanyakkan amal dan bermunajat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. alhmdulilah bulan ramadahn kali ini datang dalam keadaan aku yang stabil dan sihat sejahtera walaupon sibuk untuk melakukan aktiviti anotasi. walaupon begitu aku tetap berkesempatan untuk melakukan terawih di malam hari selepas menunaikan solat isyak. dan juga sempat juga menelaah serba sedikit tentang tawarih berkenaan bulan ramadahn ini.

walaupon begitu adalah menjadi satu dugaan yang amat besar apabila menjelang hujung minggu sejak bermulanya bulan ogos kerana musim baru EPL telah bermula. maka bermula terawih ku dirumah kerana Sportcenter memberi pengaruh yang besar kepada diri aku. orang British pon satu kenapa dia tayangkan perlawanan-perlawanan menarik pada waktu-waktu kita perlu menunaikan solat terawih. minggu kedua bulan Ramadhan perlawanan dua gergasi bola sepak terpaksa ditonton (sebernarnya bulan terpaksa tetapi sengaja) pada pukul 7.45. maka secara automatiknya terlepas solat terawih hari tersebut kerana standard satu perlawanan bola sepak memakan masa 90 minit iaitu bersamaan 1 jam 30 minit. maka 7.45 ditambah 1 jam 30 minit menjadikan nya 9.15 malam dan aku pon terlepas terawih malam tu. ish...ish.. EPL ni memang satu dugaan betul kalau tak tengok rasa macam rugi.

tapi alhamdulilah aku dapat juga menunaikan terawih pada malam itu secara bersendirian walaupon secepat bus rapid KL. tetapi itu satu usaha untuk aku terus melakukan ibadah dalam bulan penuh barakah ini. seperti kata man bai 'ku mengharapkan ramadahn kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui denagn sempurna....'dan sedar tidak sedar kita sudah berada di sepuluh malam terakhir. dan seminggu lagi kita akan menyambut bulan syawal pula dan kita akan meninggalkan bulan ramadhan semula.

Wednesday, April 16, 2008

Ber'HOLIDAY' di Pulau Tioman

salam rakan-rakan semua. haha aritu aku pergi bercuti-cuti kt salah satu Pulau yang Glamer kt Malaysia ni iaitu Pulau Tioman. Kalau korang semua nk tau, Pulau Tioman ni baru jek dapat taraf kawasan Bebas Cukai so paham-paham jek la klau dh bebas cukai tu ape yang murah kt sane. sepanjang cuti-cuti aku kt sane la mmg aku perhatikan pulau tu byk foreigner lepak n bersantai. yelah kawasan ni mmg tempat snatai yang best sbb kawasan tropika selain kt sana byk terumbu karang yang cantik-cantik yang boleh diterokai and sebab yang lain adalah Pulau tu kan bebas cukai so minuman dierang mmg murah plus rokok pon murah beb. tambang pegi sane aritu atas negotiate aku ngn mamat agen ni satu kepala adalah RM260 utk pakej 3 hari 2 malam siap ngn snorkeling trip skali beb. Resort die mmg ok sedarhana jek xde la mewah sgt tapi berpatutan ngn harga die la. Aku pegi sane atas tiket Famili day Pesta Konvo ke-34 and klau famili day tu paham2 jek la byk acara2 best yang kitrg buat kt sane. I to love travel and tour and after this i will plan to travel other place in malaysia first then travel to overseas.


on da way nak pegi snorkeling ni


planning untuk program kt Tioman


bebudak lelaki yang join trip ni...


perjalanan nk pegi marine park..sempat bergosip jap muahahaha


tengah layan karaoke malam tu