Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Hikayat Puteri dan Si Katak Daun di Perkampungan Jepun





Updated post lagi yelah sambil menunggu abis 'autoclave' agar aku so sempat2 gak meng'UPDATED blog aku yang tak seberapa ni. ini kisah dahulu kala diakra setahun yang lepas dimana sekumpulan pelajar yang merupakan 'The Choosen One' yang telah dihantar ke bukit tinggi untuk misi menghadiri kolokium 'structural biology'. arakian kolokium itu telah berjaya diharungi dengan penuh perhatian dan istiqamah walaupon aku kene 'paku' gak satu ketika. perjalanan meraka untuk mengeksplorasi keindahan dan juga menghayati tempat yang menarik itu, merka telah bertolak ke satu perkampungan jepun yang berada di puncak bukit. perjalanan yang mencabar juga walaupon ade tren yang amik pergi dan balik.

perkampungan jepun memang menarik di atas puncak itu dengan landskap yang sangat2 mengujakan. suasana yang sejuk dan nyaman menjadikan kampung itu adalah tempat ideal kepada pasangan2 untuk berdating hehe. tapi secara peribadi nyer aku xde la nmpk sgt suasana jepun kt situ cuma rase nyer kawasan itu adalah kwasan yang tenang dengan ditampah rumah jepun dan juga landskap ala-ala tempat istirehat keluarga bagi kebanyakan orang jepun. tetapi secara jujur nya tempat itu sangat tenang dan menarik untuk dilawati.

maka ade sedikit gampar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan pengunjung siapamazan ini...enjoy







Sunday, December 20, 2009

Photografer in Action...


yepp aku sekarang masih dalam pembikinan untuk menjadi photografer ntuh la dari minat tengok gambar kepada minat tengok orang amik gambar dan minat tengok gadget2 camera ni kepada hobby aku yang paling utama sekarang ni. maybe lepas ni aku akan mula amik side job untuk photo shoot atau wedding photografer mane la tau kan. semua ini memerlukan banyak masa, tenaga dan juga kewangan. tapi klau dh nama nyer minat sumer tu akan diharungi dengan sungguh2 untuk mencapai impian.

untuk permulaan aku ade membeli nikon compact camera kalau tak silap penhujung tahun 2006 kt salah sebuah shopping kompleks kt Kota Kinabalu Sabah. aku mula shoot gambar besa la event yang aku join dan tempat2 yang pernah dilawati. tapi ntuh macam mana nasib xbaik muncul kehilangan camera pertama aku tu semasa wokshop Pathway Studio semasa kt USM. lepas tu aku xde membeli camera lagi. tapi dalam pada ynag sama aku mula tertarik hati dengan camera jenis DSLR (Digital single-lens reflex). aku mula riki2 harga dan jenama2 yang ada dalam pasaran dn juga mendapatkan review dari kawan2 tentang jenis2 camera ni dan juga jenama yang seswai. belajar teori jek dlm tenet ni mmg berlambak tapi biasa la teori ngn praktikal ni mmg banyak beza nyer. setiap jenama ade review sendiri tapi ade dua target yg memang jadi pilihan kebanyakkan photografer kt Malaysia ni NIKON ngn CANON dan masing2 ade peminat tersendiri dan kelebihan masing2.

maka tanggal 20 jun 2009 (klau xsilap la) aku dengan kene demam nyer menggagahkan diri ke subang parade untuk mendapatkan my first DSLR camera. setelah sebulan meriki model dan jenama serta barang yg ade dijual di FTZ( free trade zone) aku pon mengambil keputusan untuk mengangkat model 400D jenama Canon. huhu first time pegang DSLR sendiri mmg kalut gak cmne nk guna aplikasi2 semua tu rase nyer mcm dh pernah belajar dari teori tapi berbeza gak dari ape yang teori ajar. dlam perjalanan balik tu sibuk la membelek2 dan menelaah manual yang diberikan tapi banyak benda yang xtau. dalam hati berkata mulai dari hari ini photography is my passion and aku mesti banyak belajar lagi dari otai2 yang ada untuk memantapkan skill dan teknik2 yang ada.

Sunday, August 30, 2009

Today is Holiday..malaysia national day and patriotism

pagi-pagi bangun dah lambat sebab mindset dalam kepala ni arini cuti boleh bangun lewat. so bergolek-golek dulu atas katil or tilam or toto dan sebagai nyer sambil plan nak buat ape arini. tapi biler pikir-pikir semula apsal cuti tetiba arini kan. so baru teringat arini hari kemerdekaan negara tapi kenapa merdeka. merdeka tu besar makna nyer sebab mase time belajar dulu lepas jek abis exam sumer menjerit-jerit dengan semangat nyer merdeka...MERDEKA...merdeka...yelah merdeka sebab dah abis exam dh tak payah nak mengadap buku setiap jam. ade gak merdeka sebab warden balik kampung awal and budak-budak yang duduk asrama sumer bebas buat kerja-kerja 'budak asrama' sumer. banyak erti merdeka sepanjang aku hidup selama 24 tahun ni. tapi apa maksud merdeka sebenarnyer....

patriotism la kononyer semangat sebab kita bebas dari penjajah tapi x sedar kita sbenarnya makin hari makin dijajah oleh anasir-anasir luar yang lain dan juga dijajah minda. ceh aku bercakap macam aku ni pejuang-pejuang bangsa yang extrem plak tapi inilah yang aku rasakan. macam mana nak rasa merdeka tapi dalam masa yang sama rasa ada orang luar kawal kebebasan kita. ish ape aku mengarut pepagi ni. ok la jangan cakap banyak lagi

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA KE-52

Monday, June 15, 2009

Kisah seorang Tok Batin

Cerita ni aku paste jek sebab menarik cerita nyer. so klau tengah tensen or tengah serabut elok berenti jap baca cerita ni. at least kurangkan stress dan relaxkan minda kita. okeh selamat membaca...

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah

syampai..... ?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan.." ,
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak

lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan. ....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu

dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku......... !!"

kekeke....

Sunday, May 31, 2009

Perhatian kepada pasangan kekasih...Ujian lisan yang berguna

ceh byk benda kita dh pernah dengar pasal pasangan yang belum kawen atau dh kawen
tapi yang ini terbaru dan rase boleh test la kepada sesiapa nk test...

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil
berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe:eh gitu... .kalau saya jadi bunga
Pakwe:Abang jadi tukang kebunnya

Makwe:Kenapa bukan kumbang
Pakwe:Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun
kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe:Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata


Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih
tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul
kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... .bedebik!!!!!! macam nangka busuk
daa!!!!

Makwe:Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe:Cilako!! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?


Makwe:Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg
kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,


Isteri:Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami:Masakan abg boleh lupa
Isteri:Kalau saya jadi bintang
Suami:Abang jadi beginilah
Isteri:Kenapa bukan Ultraman...
Suami:Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... .apa lah awak nie

Isteri: , kalau saya jadi bunga
Suami:Abang jadi beginilah

Isteri:Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami:Apo kono eh dongan ek! au nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak
kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo
nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado2 nak jadi bintang tu buek
apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh
tok comey lagi...
Suami:Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga
tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin
tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... ..


Isteri:Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami:Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak

kekeke...macam ni ke lepas kawen

Monday, May 25, 2009

Owh Mama saya mau KAHWIN

cerita ni aku dapat dari seorang sahabat agak menyanyat hati la tapi rekaan semata-mata. cuma yang interestingnya kalau benar-benar berlaku macam ni susah gak kan. yelah sekarang ni musim orang kawin yelah aritu jek aku baru balik dari majlis member aku mase kt Burhan dulu. tengak die bahagia mula la masing-masing pikir nak kawin tapi bila pikir balik jauh lagi perjalanan, persediaan zahir batin dunia dan akhirat. cuba bayangkan jadi seperti ini

Zaman Masa Kini

datang seorang emak kepada seorang jejaka yang mahu meminang anak dara kepada seorang emak dara. maka mula segala istiadat peminangan seperti yang ada dalam cerita-cerita or filem melayu pantun memantun dan segalanya. tapi akhirnya direct to the point saya nak meminang anak mak dara untuk anak saya. maka dialog ini pun berlaku...

Emak kepada Minah :
"Yerlah.... anak saya blajar lulus universiti.. .. tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompuan saya.... harap harap paham jerlah~"..maka ditunjukkan senarai keinginan mak dara ini...





Emak kepada Amat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer.... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu...... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

lalu tidak semena-mena ntah datang dari mana si jejaka dengan panas hati membalas apa yang dikatakan mak dara kepada rombongan keluarganya..

Amat :
"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik..... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"


Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat.
Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu.
Subhanallah.

sadis sungguh cerita ni kan..
tapi whateverpon semoga berbahagia kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang dikenalai yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka semoga semuanya berjalan lancar. jangan luper jemput la ambo makan nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, nasi jagung ke, nasi lemak ke, xpon ape2 yang boleh mengenyangkan.

adiosssss.....