Monday, September 22, 2008

Tawarih....terawih dan juga Sportcenter

huh bulan puasa adalah satu anugerah tuhan kepada hambaNYA kerana dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar (corret me if im wrong). Maka kita digalakan untuk memperbanyakkan amal dan bermunajat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. alhmdulilah bulan ramadahn kali ini datang dalam keadaan aku yang stabil dan sihat sejahtera walaupon sibuk untuk melakukan aktiviti anotasi. walaupon begitu aku tetap berkesempatan untuk melakukan terawih di malam hari selepas menunaikan solat isyak. dan juga sempat juga menelaah serba sedikit tentang tawarih berkenaan bulan ramadahn ini.

walaupon begitu adalah menjadi satu dugaan yang amat besar apabila menjelang hujung minggu sejak bermulanya bulan ogos kerana musim baru EPL telah bermula. maka bermula terawih ku dirumah kerana Sportcenter memberi pengaruh yang besar kepada diri aku. orang British pon satu kenapa dia tayangkan perlawanan-perlawanan menarik pada waktu-waktu kita perlu menunaikan solat terawih. minggu kedua bulan Ramadhan perlawanan dua gergasi bola sepak terpaksa ditonton (sebernarnya bulan terpaksa tetapi sengaja) pada pukul 7.45. maka secara automatiknya terlepas solat terawih hari tersebut kerana standard satu perlawanan bola sepak memakan masa 90 minit iaitu bersamaan 1 jam 30 minit. maka 7.45 ditambah 1 jam 30 minit menjadikan nya 9.15 malam dan aku pon terlepas terawih malam tu. ish...ish.. EPL ni memang satu dugaan betul kalau tak tengok rasa macam rugi.

tapi alhamdulilah aku dapat juga menunaikan terawih pada malam itu secara bersendirian walaupon secepat bus rapid KL. tetapi itu satu usaha untuk aku terus melakukan ibadah dalam bulan penuh barakah ini. seperti kata man bai 'ku mengharapkan ramadahn kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui denagn sempurna....'dan sedar tidak sedar kita sudah berada di sepuluh malam terakhir. dan seminggu lagi kita akan menyambut bulan syawal pula dan kita akan meninggalkan bulan ramadhan semula.

3 comments:

E-san said...

macam x caye je laju mcm rapid kl. itu ok lg. Ntah2 laju macam erl, x pun cam peluru

PiNgU_hOhOhO said...

epy eid mubarak

Anonymous said...

salam lebaran... tumpang lalu...