Bangun tidur dan sebelum pergi kerja kia akan masuk bilik air seterusnya mandi. Tahukah bahawa mandi itu satu nikmat juga kerana kita akan bersuci diri tak kisah la samada itu adalah satu kewajipan syarak atau kewajipan atas sebab rutin ataupun atas sebab peribadi. Pendek kata ada bermacam sebab kita mandi dan masuk ke bilik mandi dengan bermacam-macam urusan yang perlu dilaksanakan. Keseronokan bersama air dan sabun yang berbuih-buih itu adalah nikmat dan keseronokan yang menarik. aku ada terbaca beberapa artikel berkenaan dengan mandi dan rasanya ada beberapa fakta dan maklumat penting yang dapat diperolehi.
Mandi merupakan suatu kaedah perubatan kalau kita tidak sedar selama ini. Banyak juga kaitan perubatan tradisional yang menggunakan kaedah mandi dalam rawatan mereka contoh paling mudah adalah mandi bunga. Banyak mitos-mitos yang dikaitkan dengan mandi bunga kononnya untuk membuang sial, bala dan juga menjauhkan daripada perkara-perkara tidak baik. Ada juga yang menyatakan bahawa mandi unga bertujuan untuk kecantikan dan juga rawatan aroma terapi. Banyak juag mitos-mitos mandi yang ada didengari dan terbaca tetapi kenyataannya adalah mandi adalah keperluan kepada tubuh kita. KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Meredakan ketegangan:
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.Yangmempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Maka aku rasa eloklah kita mandi sekarang memandangkan waktu ini panas dan seronok nk rasa air sejuk ni. Kalau ada air panas semasa mandi dapat merasai relax dan ketengan selepas mandi.
1 comment:
hmm bukan mandi air sejuk ker tuk meredakan ketegangan???gixfks
Post a Comment